Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualikum ustaz
Saya ada seorang anak lelaki dari perkahwinan terdahulu dan kini ada cucu (autisim, usia 4 tahun) Kini sya bersuami baru dan saya tidak dikurnai zuriat manakala suami saya ad 3 orang anak dari perkahwinan dia terdahulu
Hubungan ayah tiri dgn anak kandung saya agak dingin lagi sblm kami berkahwin. Cuma sejak akhir2 ini suami saya macam tidak suka saya menjaga cucu saya. Seblm ini saya ada minta izin, dia tidak lah melarang tpi dari tindakan beliau nampak sgt suami saya tidak suka kalu cucu saya dtg.
Soalan saya
Adakah berdosa kiranya saya masih menjaga cucu saya usia 4 tahun yg ada masalah autisim tanpa izin dia.
Harap ustaz dapat.membantu.
Terima kasih ustaz.
Jawapan
Seorang isteri memang dituntut mematuhi suami dalam urusan rumah tangga, termasuk hal siapa yang keluar masuk rumah, selagi tidak bercanggah dengan syarak. Namun, menjaga cucu sendiri yang masih kecil dan berkeperluan khas seperti autisme tidak berdosa, asalkan ia tidak membawa kemudaratan besar kepada rumah tangga, tidak melanggar arahan suami secara terang dan jelas, dan dilakukan dengan hikmah tanpa mengabaikan hak suami.
Berbuat demikian atas dasar kasih sayang dan ihsan adalah amalan terpuji, dan tidak dianggap menentang suami jika tiada larangan tegas. Walau begitu, perbincangan secara baik sangat penting agar hubungan tetap harmoni, dan suami pula dituntut berlaku adil serta berperikemanusiaan terhadap anak dan cucu isteri yang memerlukan perhatian.
Sekian, terima kasih.