BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, saya ingin bertanya jika suami melafazkan "aku cerai hang lepas bersalin". Adakah selepas saya  bersalin akan jatuh talak atau tidak? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan ayat suami iaitu : "aku cerai hang lepas bersalin" adalah ayat berbentuk khabari (perkhabaran atau makluman). Maksudnya selepas bersalin nanti, barulah suami akan menceraikan isterinya. Ucapan tersebut tidak membawa kepada berlakunya talak secara taklik. Ini kerana lafaz talak taklik hendaklah bersifat insya'i (berkuatkuasa). Contoh ayat : "Selepas kau bersalin nanti, jatuhlah talak" (talak taklik yang dikaitkan dengan tempoh (bersalin). 

Justeru, selepas isteri bersalin, maka terpulang kepada suami sama ada ingin menceraikan isterinya atau tidak. Sekiranya puan ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh hubungi pihak Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal berkenaan perkara ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 4

message user image