Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Saya baru lepas bersalin czer dan darah nifas saya sekejap ada dan sekejap tiada ianya belarutan. Dalam tempoh nifas saya cucuk implanon untuk merancang keluarga dan selepas cucuk,darah keluar banyak seperti darah haid. Melepasi 60 hari tempoh nifas dan melepasi tempoh haid 15 hari saya mandi wajib dan solat seperti biasa.Darah masih lagi keluar sedikit tetapi hari-hari akan ada darah keluar sehingga kini sudah 4 bulan lebih dan saya masih solat seperti biasa.
Soalan saya:
1. Bolehkah saya ganti puasa tanpa menghiraukan darah yang keluar sedikit itu?
2. Bolehkah saya bersama suami tanpa menghiraukan darah itu?
Jawapan
Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa tempoh nifas menurut Ibn Hajar al-Haitami adalah:
"Tidak ada had tempoh minimum bagi nifas, iaitu tidak dapat diukur, ia dilihat sekadar apa yang telah didapati, sekalipun nifas itu sangat sedikit, tetapi kadar yang lebih sesuai bagi tempoh minimum ialah sedetik. Dan sebanyak-banyak nifas ialah 60 hari dan kebiasaan tempoh nifas ialah 40 hari."
Maka, sekiranya darah tersebut keluar melebihi tempoh 60 hari, maka hukumnya adalah seperti berikut:
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, tempoh nifas Puan telah selesai dan darah yang keluar ketika ini adalah percampuran antara darah haid dan istihadah. Oleh itu Puan perlu bezakan antara keduanya dengan menggunakan salah satu kaedah ini. Pertama kaedah tamyiz (perbezaan sifat darah dari sudut warna) atau yang kedua kaedah kiraan adat (menyandarkan kepada kebiasaan kitaran haid terdahulu).
Bagi soalan 1 dan 2 : Boleh sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh istihadah, bukan haid.
Sekian, terima kasih