BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz, biasanya setiap bulan saya period terputus2. Kebiasaannya hari 1-7(merah), 8-12(kuning/tiada apa), 13-14(merah tetapi kuantiti yg sikit dan putus2). [dan biasanya setiap bulan saya istihadah, sbb darah akan keluar kurang 15 hari dari hari akhir haid yang sebelumnya]

Tapi bulan lepas, saya tak pasti darah merah yg keluar sehingga hari ke 7 atau 8. Kemudian saya tunggu sampai hari 14 sbb biasanya akan ada merah balik mcm biasa, tapi takde pun merah. Jadi hari ke 14 tu saya terus mandi wajib. 

Soalan saya, sepanjang tempoh seminggu yg keluar warna kuning tu saya tak pasti sama ada tu haid atau keputihan. Kalau haid mcm lama sgt pulak sampai seminggu. Sejujurnya, saya rasa tu bukan haid dan ia warna kuning hanya sebab keputihan atau sebab saya tahan kencing dan selalu biarkan sampai keputihan yg keluar waena kuning. (biasa keputihan saya warna jernig, kadangkala kuning)

Lepastu harini ada darah yg keluar. Kalau kuning sepanjang seminggu tu dikira sebagai haid, saya masih istihadah. Tapi sekarang, saya tak pasti itu haid atau keputihan . Jadi mcm mana saya nak tentukan darah yg keluar sekarang ni haid atau istihadah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Darah berwarna kekuningan yang keluar dalam tempoh haid 15 hari maksimum merupakan darah haid. Imam al-Nawawi berkata: 

رأت لسن الحيض أقله ولم يعبر أكثره فكله حيض والصفرة والكدرة حيض في الأصح

Maksudnya: Ia melihat tempoh paling singkat haid, tetapi tidak melebihi tempoh maksimum, maka keseluruhannya dianggap haid. Dan warna kekuningan serta keruh juga dianggap haid menurut pendapat yang lebih sahih.

Berbeza darah warna kekuningan dan keputihan sisa haid (القصة البيضاء). القصة البيضاء merupakan cecair berwarna putih jernih seperti warna cecair putih telur. Jika keputihan sisa haid ini keluar dan tiada lagi darah yang keluar setelah itu, ia adalah tanda habis tempoh haid.

2. Keadaan suci dari haid puan dalam tarikh 8-12hb (jika tiada warna kekuningan) kemudian keluar haid kembali pada 13-14hb merupakan waktu naqa' iaitu waktu darah haid berhenti seketika. Jika tiada darah lagi yang keluar setelah darah berhenti pada 7 atau 8hb (termasuk darah yang berwarna kekuningan), maka berhadaslah (mandi wajib) tanpa menunggu hari-hari seterusnya kerana menjangka akan ada lagi darah haid yang bersambung selepas haid terputus kerana berkemungkinan tiada lagi darah yang akan keluar setelah tempoh kebiasaan naqa' puan seperti situasi puan sekarang. 

3. Sekiranya darah keluar berterusan melebihi hari ke 15, maka itu adalah darah yang bercampur antara darah haid dan istihadhah. Terdapat dua kaedah dalam menentukan darah haid dan istihadhah,iaitu 

  1. Kaedah Tamyiz: Membezakan darah yang keluar tersebut dengan melihat kepada sifat-sifat yang ada pada darah. Darah yang kuat (hitam) dianggap sebagai darah haid manakala darah lemah (merah) dianggap sebagai darah istihadhah. Kaedah ini mesti didahulukan.
  2. Kaedah Adat: Jika tidak dapat membezakan jenis darah atau darah hanya bersifat satu warna sahaja (tiada beza) maka boleh ditentukan menggunakaan adat kebiasaan haidnya dengan merujuk kepada kitaran haid yang paling hampir (bulan sebelumnya). Sebagai contoh, adat haidnya 7 hari dan 23 hari adalah tempoh suci. Maka ia boleh ditentukan haidnya boleh jadi hanya 7 hari sahaja dan selebihnya adalah darah istihadhah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 3

message user image