Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum WBT,
Saya ingin bertanya, pakaian saya pernah kena najis, contohnya lebihan air kencing yang tidak sedar terkeluar. Saya sudah memahami cara penyucian pakaian yang perlu membasuh dengan air mutlak yang lalu atau 2 Kolah air. Pakaian itu saya terlupa atau tidak pasti bahagian mana, saya sudah memahami bahawa perlu membasuh keseluruhan seluar tersebut, tetapi pertanyaan saya,
Bagaimana sekiranya pakaian yang saya bersihkan keseluruhan dengan air lalu itu tidak terkena kawasan yang bernajis itu?
Dan sekiranya sebelum ini saya sudah membilasnya dengan air lalu tetapi jika ia tercampur dengan pakaian yang bernajis yang tidak basah di dalam satu baldi, adakah ia juga dikategorikan sebagai najis juga?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang ditanyakan, hukum asal sesuatu perkara/ benda itu adalah suci sebagaimana kaedah Fiqah ada menyatakan:
Bermaksud: Hukum asal segala sesuatu adalah suci.
Ini bermakna sesuatu tempat atau barang adalah suci sehinggalah diyakini tempat atau barang itu terkena najis. Yakin terkena najis bermaksud mengetahui dengan melihat terdapat ain najis berkenaan. Tempat yang wajib dibersihkan dan disertu adalah tempat di mana ain najis itu berada . Dalam keadaan kita tidak menyakini bahagian yang terkena najis (misalnya air kencing), dan anda telah membasuh seluruh pakaian itu dengan air mutlak yang mengalir, maka ia sudah memadai dan dianggap bersih (tahir). Ini kerana syarat penyucian dari najis hanyalah hilangnya sifat najis (bau, warna, rasa) dan air yang digunakan mestilah suci dan menyucikan (air mutlak). Bila kita telah menyucikan seluruh pakaian, pasti kawasan yang najis itu turut disucikan bersama, maka tidak timbul syak wasangka kawasan tersebut.
Bagi menyelesaikan perkara ini, dan kita masih was-was atau ragu-ragu dalam perkara ini, ingatlah kaedah fiqh ada menyatakan: "Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan."
iaitu sesuatu pakaian yang sudah diyakini suci, tidak dianggap bernajis hanya kerana was-was.
Berdasarkan persoalan dan keterangan yang dinyatakan kita dapat mengetahui bahawa keraguan atau was was itu tidak akan terlepas daripada setiap manusia. Ia berpunca daripada syaitan yang selalu membisikkan kejahatan serta menghasut akan membuatkan hati manusia itu selalu dalam keraguan. Maka, kita seharusnya cuba menghilangkan keraguan itu dan membina keyakinan diri berdasarkan kaedah fiqh “asal bagi segala sesuatu itu adalah suci dan halal” sehingga nampak pada mata kasar kita bahawa terdapat najis dengan jelas menggunakan pancaindera kita disertai dengan bau, rasa dan warna. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada perasaan was-was dalam ibadat
Sekian, terima kasih.