BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Arwah datuk ada kereta yang masih berfungsi, datuk ada wasiatkan secara lisan untuk turunkan pada saya cucunya lepas arwah tiada. Wajibkah kereta tersebut difaraidkan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, wasiat secara lisan yang telah dibuat oleh arwah datuk dengan menyatakan kereta miliknya diturunkan kepada tuan hanya boleh dilaksanakan dan dikuatkuasakan sekiranya semua ahli waris bagi kematian arwah datuk bersetuju untuk melaksanakan wasiat tersebut. Namun wasiat tersebut terikat dengan kadar tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta datuk. Sekiranya wujud pertikaian dalam kalangan ahli waris, maka dinasihatkan agar pihak tuan membuat pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 3

message user image