BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam. Ibu saya telah pulang ke rahmatullah. Sebelum dia meninggalkan, kami telah medepositkan kan wangnya berjumlah RM150,000 ke dalam akaun saya.

1) Adakah wang itu tertakluk pada hukum Faraid?

2) Bolehkan di bahagi sama rata atas persetujuan bersama?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, dapat difahami bahawa tujuan pemindahan wang tersebut adalah bagi memudahkan urusan pembahagian harta jika ibu tuan meninggal dunia. Justeru itu,

1. Wang tersebut merupakan harta peninggalan al-marhum dan hendaklah difaraidkan setelah digunakan bagi tujuan pengurusan jenazahnya, hutang-piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya jika ada.

2. Perbincangan harta tersebut boleh dibahagikan sama rata atas persetujuan bersama oleh semua warisnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 1392

message user image