BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin bertanya adakah ilmu yang berkaitan dengan teknik grafologi iaitu memahami karakter atau personaliti seseorang melalui tulisan tangan itu adalah syirik dan mempunyai unsur - unsur 'new age movement'.

Sebagai latarbelakangnya tiada langsung modul - modul itu dikaitkan dengan ayat - ayat al - Quran dan tidak menjurus kepada isu - isu tauhid dan keimanan.

Mohon pencerahan bagi mengelah salah tangapan segolongan masyarkat yang merangkul kesemua cabang ilmu itu membawa kepada syririk dan khurafat.

Sekian. Terima kasih

Rizal


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sesetengah individu mendakwa grafologi adalah ilmu yang mempelajari karakter atau personaliti seseorang melalui analisis tulisan tangan. Mahupun begitu, menurut ahli psikologi, keberkesanan grafologi tidak terbukti secara saintifik dalam ilmu psikologi untuk mengenali karakter atau personaliti seseorang walaupun ia digunakan dalam forensik. Grafologi untuk mengenal personaliti seseorang berdasarkan kepada testimoni (tajribah) orang ramai.

Mempercayai grafologi sebagai cara mengenali personaliti seseorang tidak dihukumkan syirik secara mutlak. Jika sekadar percaya ia termasuk dalam hukum adat dan ia boleh berubah-ubah dan tidak sama testimoninya dengan orang serta tidak beriman dengannya maka ia tidak dihukumkan syirik dan khurafat. Jika mempercayainya serta yakin dengan setiap hasil setiap keputusan analisis grafologi tanpa menyangkal boleh bersalahan hasil tersebut, maka ia boleh membawa kepada syirik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 94

message user image