BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...............pertanyaan kakak kandung saya telah meninggal dunia dan telah meletakkan nama anak angkat yang diambil dari saudara tetapi tidak mempunyai sijil anak angkat dikhairat kematian STR (LHDN) dan saya telah pun menukar nama kepada nama saya kerana anak angkat tertesebut tidak boleh mengambil wang khairat tersebut. dan simati kakak kandung saya tidak memaklumkan samada wang tersebut samada sebagai hibah atau wasiat kepada anak angkat...saya telah bertanya kepada  pengurusan bsn berhubung wang tersebut dan dinyatakan sebagai umum..adakah wang ini menjadi milik anak angkat atau adakah wang ini kena faraid? dan adakah boleh bolehkah digunakan untuk majlis kenduri tahlil dan wakaf atau sedekah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, sebagaimana merujuk kepada terma dan polisi Skim Khairat Kematian (SKK) (LHDNM), skim tersebut merupakan skim bantuan kewangan tunai di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN). Oleh yang demikian, Skim Khairat Kematian (SKK) bukanlah kategori harta yang perlu difaraidkan dan terpulang kepada penerima SKK tersebut sama ada digunakan untuk majlis kenduri tahlil, wakaf atau sedekah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 46

message user image