BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Saya ingin memohon pencerahan berkaitan situasi berikut.

Saya ada menyewa bilik di salah sebuah apartment yang mana telah berlaku banyak kali pertukaran penyewa.Ingin saya ajukan soalan berkaitan apakah hukum sekiranya terdapat barangan berupa makanan yang ditinggalkan didalam peti sejuk yang di kongsi bersama. Tidak dapat dipastikan siapakah empunya barangan tersebut. Perlukah dibuang barangan makanan tersebut atau bolehkan ianya di makan oleh penyewa lain yang masih tinggal. Sekiranya dibiarkan akan tamat tarikh luput dan membazir untuk makanan tersebut dibiarkan sehingga rosak.

Mohon penjelasan 

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hendaklah terlebih dahulu meminta izin daripada ahli rumah. Jika pemiliknya ada dan mengizinkan, maka dibolehkan memakannya. Namun, jika tidak diketahui pemiliknya setelah bertanyakan kepada ahli rumah, sebaiknya dimaklumkan kepada tuan rumah agar makanan tersebut dapat dimanfaatkan bersama. Namun dalam keadaan dibimbangi makanan tersebut rosak dan mengakibatkan pembaziran maka makanan tersebut boleh dimakan dan orang yang memakan makanan tersebut perlu bersedia untuk membayar gantirugi yang setimpal dengan makanan yang dimakan sekiranya diminta oleh pemilik makanan tersebut.

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 46

message user image