BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Saya ada terdaftar satu kad kredit konvensional yang ada menawarkan kemudahan-kemudahan tertentu secara percuma. Bolehkah saya menggunakan kemudahan-kemudahan percuma yang ada dalam kad kredit konvensional tersebut seperti kemasukan ke ruang istirehat khas (business lounge) di lapangan terbang. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hukum menggunakan kad kredit konvensional adalah haram walaupun tuan hanya ingin menikmati kemudahan-kemudahan percuma yang diberikan. Hal ini kerana dengan mengambil kad kredit konvensional, pelanggan telah bersetuju untuk melakukan kontrak yang mengandungi syarat riba yang diharamkan oleh Islam. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275:

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Justeru tidak wajar untuk tuan menggunakan kad kredit konvensional semata-mata untuk kemudahan tersebut sedangkan di Malaysia banyak perbankan Islam yang menyediakan produk kad kredit patuh syarak.

Anas bin Malik r.a meriwayatkan, Rasulullah SAW turut bersadba:

طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم

Maksudnya: Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim.  (Riwayat at-Tabrani)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 41

message user image