BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Arwah ayah mertua (sulaiman) saya mempunyai 1 gold bar. Sebelum meninggal beliau telah menyuruh anak lelakinya  Ahmad ambik gold bar itu buatkan gelang untuk cucunya yang berumur 15 tahun Dan 12 tahun. Setelah ayah mertua saya meninggal barulah anak lelakinya Ahmad ambik gold bar tersebut akan tetapi anak lelakinya telah serahkan gold bar itu pd anak sedara yang menjaya ayahnya (sulaiman). Ahmad hanya meminta izin dgn anak2nya yg berumur 15tahun..

Soalan saya adakah kami ibubapa perlu minta izin daripada  anak kami berumur 12 tahun utk bagi sepupunya gold bar atau kena ganti balek dengan nilaian duit?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Secara asasnya, gold bar tersebut adalah harta milik arwah ayah mertua puan secara sah dan termasuk dalam kategori harta pusaka. Namun begitu, memandangkan arwah semasa hidup telah mensyaratkan pemberian gold bar tersebut kepada anak lelakinya Ahmad untuk dibuat gelang bagi cucu-cucunya, maka ia dianggap sebagai hibah yang sah meskipun Ahmad hanya mengambilnya selepas arwah meninggal dunia. Oleh itu, gold bar tersebut menjadi milik cucu yang telah ditentukan, iaitu anak-anak Ahmad.

Sekiranya Ahmad berhasrat untuk menyerahkan gold bar tersebut kepada anak saudaranya sebagai balasan jasa kerana menjaga arwah semasa hidup, maka beliau wajib terlebih dahulu mendapatkan keizinan daripada kedua-dua anaknya. Jika gold bar itu telahpun diberikan kepada anak saudaranya tanpa keizinan, maka Ahmad sebagai seorang ayah bertanggungjawab menggantikan semula hak anak-anaknya sama ada dengan emas yang setara atau dengan nilai wang tunai yang bersamaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 36

message user image