BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualikum Ustaz.

Saya berkerja di salah sebuah syarikat swasta. Salah satu daripada tugas saya adalah membeli spare part mesin daripada pembekal atau vendor.

Vendor atau pembekal ditentukan oleh pihak atasan setelah mendapat sebutan harga daripada mereka. Saya tiada berkepentingan dalam pemilihan vendor tersebut.

Pada hari raya yang lepas, saya telah di berikan hadiah daripada vendor tersebut dalam bentuk vaucher.

Soalan saya:-

1. Apa hukumnya menerima hadiah tersebut?

2. Jika saya telah terima hadiah tersebut, apa yang saya perlukan saya buat dengan hadiah tersebut?.

 

Sekain . Wassalam.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Untuk pengetahuan, voucher mempunyai nilai sama seperti wang, berdasarkan kepada nilai yang diberikan. Dari segi hukum syarak, memberi voucher ia adalah sama seperti memberi hadiah. Hukumnya adalah harus selama tidak mengandungi unsur-unsur yang menyalahi syarak seperti riba, gharar, rasuah dan penipuan.

Dalam keadaan yang dinyatakan, seseorang pekerja yang menerima pemberian berbentuk hadiah atau seumpamanya daripada vendor boleh diklasifikasikan sebagai perlakuan rasuah. Untuk itu, dinasihatkan pihak tuan tidak mengambil hadiah tersebut  Perkara ini juga terkait dengan nilai integriti seorang pekerja yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika telah menerima hadiah tersebut, sewajarnya dipulangkan semula atau boleh maklumkan kepada pihak majikan berkaitan perkara ini.

Dengan mengambil tindakan proaktif seperti ini, tuan dapat menunjukkan kejujuran dan profesionalisme sebagai pekerja, di samping melindungi tuan daripada sebarang tuduhan yang tidak diingini pada masa depan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 43

message user image