Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam,
Saya nak tanya boleh kah pemilik mesin sabun layan diri menggunakan perkataan "HALAL" pada mesin tersebut bagi tujuan promosi? adakah terdapat akta mana-mana didalam pensijilan halal atas ini? bagaimana untuk menyelesaikan hal ini?
Jawapan
Merujuj kepada persoalan, secara umumnya pemilik premis atau produk tidak boleh meletakkan label atau mendakwa sesuatu premis atau produk itu halal, melainkan syarikat pemilik premis, mesin atau produk tersebut telah disahkan halal oleh badan berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri. Jika tiada pengesahan halal, maka ia boleh dianggap mengelirukan dan melanggar undang-undang. Ini sebagaimana termaktub dalam Akta Perihal Dagangan 2011 dan Perintah Perihal (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Tuan boleh salurkan aduan rasmi berkaitan ini kepada pihak yang berautoriti seperti JAKIM dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri di saluran aduan yang terdapat di jabatan-jabatan tersebut.
Sekian, terima kasih