BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, sy ada soalan tentang harta perningalan simati dan apa hukumnya. Terima kasih. 

Simati berkahwin dengan duda anak 3, dan simati mempunyai adik perempuan dan kakak. Sebelum meninggal, simati berpesan kepada suami nya yang duit di akaun tabung haji simati akan diberikan kepada adik perempuanya. Simati telah menjelaskan hasratnya kepada suaminya dan adik perempuanya (untuk akaun tabung haji simati, perrnama 1 adalah suaminya dan pernama 2 adalah adik perempuanya). Sebelum sempat proses pernukaran harta tabung haji si mati kepada adik perempuanya, simati telah meningal dunia. 

Sertelah selesai pengurusan simati, suami kepada simati memberitahu bahawa dia bersetuju meneruskan hasrat simati untuk memberikan semua duit dalam akaun tabung haji simati kepada adik perempuan nya dan permindahan telah selesai kepada adik perempuan simati. 
 

Soalan saya, adakah harta yang diberikan simati kepada adik perempuanya perlu difaraidkan? Jika perlu siapa yang berhak? Atau adakah ia dikira sebagai wasiat?

Dalam konteks ini simati berumur 77tahun tidak mempunyai anak bersama dengan suaminya. Simati juga tidak mempunyai ibu bapa, atok atau bapa saudara yang masih hidup. Simati hanya mempunyai adik perempuan dan kakaknya sebagai waris yang hampir. 
 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Berdasarkan kepada situasi yang dinyatakan, si mati berhasrat untuk memberikan wang simpanan Tabung Haji miliknya kepada adik perempuan beliau semasa hayatnya. Walau bagaimanapun, sebelum sempat wang simpanan Tabung Haji itu dipindah hak milik kepada adik perempuan si mati, si mati telah meninggal dunia. Oleh itu, pemberian tersebut dianggap sebagai hibah, dan wang simpanan tersebut menjadi milik adik perempuan si mati dan ia tidak perlu untuk difaraidkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 73

message user image