BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Apakah hukum bagi petani muslim yang menanam dan menjual bunga, di mana bunga tersebut akan dijual kepada pelanggan non-muslim dan bunga tersebut akan digunakan dalam upacara non-muslim seperti upacara pemujaan dewa-dewi serta upacara pengebumian ?

Apakah hukum bagi Agrobank memberikan pembiayaan kepada perniagaa petani bunga tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, asal bagi hukum menjual bunga itu adalah harus. Namun sekiranya penjual mendapat tahu bahawa bunga yang dijual itu digunakan dalam upacara pemujaan dewa-dewi, maka hukumnya menjadi haram. Firma Allah SWT didalam surah Al-Maidah ayat 2 :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Bagitu juga hukum bagi Agrobank yang memberikan pembiayaan kepada petani bunga tersebut, sekiranya pihak bank tahu tujuan menanam bunga adalah bagi tujuan upacara pemujaan dewa-dewi semata-mata, hukumnya adalah haram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 38

message user image