Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum menghasilkan robot yang menyerupai manusia atau haiwan, seperti mempunyai badan, kepala, tangan/kaki dan mata? Sejauh manakah yang dibenarkan untuk robot tersebut mempunyai ciri-ciri makhluk hidup? Adakah hukumnya sama seperti patung, atau terdapat kelonggaran yang diberikan jika ciri tersebut diperlukan oleh robot itu? (seperti mata yang digunakan sebagai sensor, atau speaker yang diletakkan di mulut untuk mengeluarkan suara)
Jawapan
Merujuk kepada persoalan diajukan secara umumnya dalam hukum Islam, larangan membuat patung atau gambar yang menyerupai makhluk bernyawa seperti manusia atau haiwan telah dijelaskan dalam banyak hadis. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya manusia yang paling berat azabnya pada hari kiamat adalah orang yang membuat gambar (patung). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis di atas, larangan ini lebih jelas bila gambar atau patung itu dibuat dengan tujuan menyaingi ciptaan Allah atau untuk tujuan disembah.
Jika dilihat secara terperinci robot moden berbeza daripada patung biasa berdasarkan kepada beberapa aspek utama antaranya:
Berdasarkan keterangan di atas dalam menetapkan hukum berkaitan penghasilan robot yang menyerupai manusia atau haiwan maka hadis yang telah disebutkann di atas dan menggunakan pendekatan kaedah fiqh:
Maksudnya: Segala urusan itu bergantung kepada tujuannya.
Maka hukum menghasilkan robot bergantung pada tujuan dan bentuknya:
Kesimpulannya, robot tidak dihukum sama seperti patung secara mutlak, kerana ia adalah alat teknologi yang diharuskan selama mana ia membawa manfaat yang diharuskan kepada manusia. Jika tujuannya baik dan mendatangkan maslahat yang besar, maka hukumnya harus. Namun, jika ia dibuat dengan tujuan maksiat, menimbulkan fitnah, atau digunakan bagi perkara yang bertentangan dengan syarak, maka hukumnya adalah haram.
Sekian, terima kasih.