Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
salam.. sy ada soalan..
Jika kita gunting rambut di salon, dan rambut kita tu diambil oleh tukang gunting dengan alasan dia akan jual untuk dijadikan rambut palsu.. apakah hukumnya?
jika setelah dijadikan rambut palsu(rambut asal kita) dan dipakai orang lain adakan dikira aurat kita masih terdedah dan jatuh berdosa..
harap dapat jawap persoalan saya.. sebab saya risau bila tukang gunting kata rambut saya dia nak simpan dan jual untuk buat rambut palsu..
terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, Al-Imam al-Nawawi menyatakan di dalam kitabnya al-Majmū‘ bahawa menjual rambut manusia sama ada masih bersambung dengan tubuh atau yang telah terpotong daripadanya adalah dilarang dalam Islam.
Manakala rambut yang sudah dipotong tidak lagi dikira aurat dan puan tidak berdosa jika ia dilihat oleh ajnabi yang lain. Jika tukang gunting ingin menyimpan rambut puan, disarankan untuk memintanya membuang sahaja rambut tersebut dan tidak dijual atau digunakan untuk tujuan yang salah kerana ia dilarang dalam Islam.
Sekian, terima kasih.