Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ..tuan ,sebidang tanah mempunyai 2 rumah ..satu didiami ibu saya ..dan lg satu didiami oleh bekas arwah bini pcik saya ..rumah didiami ibu saya tu masa hayat arwah atuk .die telah pergi ke pejabat tanah dan menyuruh ibu saya membayar sebahagian nama enam beradik .,arwah atuk dan nenek mengikut faraid.Rumah yang pcik saya duduk tu hanya ehsan bagi die menetap memandgkan dahulu die susah ...dan arwah atuk berpesan byr Sama2 cukai . Setelah pcik meniggal mak saya berithu lg kepada isteri ny untuk berkongsi membayar cukai malah diendahkn mak saya dan menyatakan mereka tidak mampu,Walhal anak2 semua bekerja ,dan mendapat duit insuran arwah.Makna kata dalam tanah tu mempunyai nama arwah suami die dan ad 5 nama lagi disitu.Wajarkah ibu saya meminta bayar sesama cukai tanah ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tindakan ibu puan meminta bayar sesama cukai tanah bekas arwah isteri pakcik puan adalah wajar dan tidak salah. Menurut Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 bahawa setiap pemilik berdaftar atau wakil bagi pihaknya wajib menjelaskan Cukai Tanah yang dikenakan ke atas harta tanah yang dimilikinya.
“Cukai sewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuan punya.”
Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemilik berdaftar agar memastikan bahawa cukai yang dikenakan ke atas tanah mereka dijelaskan pada masa yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.