BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Ibu saya telah meninggal dan telah meninggalkan sebidang tanah dan masih mencari penyelesaian untuk tukar nama ibu kepada nama adik beradik.sementara itu saya telah menyewa tanah itu utk tanam kelapa sawit sebyk rm1000 setahun, duit sewa itu saya bahagi samarata kpd adik beradik saya , masalahnya semua urusan kebun saya keluar modal seperti membaja meracun upah kerja dan baiki jln rosak.soalan saya adakah saya juga layak mendapat bahagian faraid keatas jumlah sewaan tersebut.dan jika tanah itu saya beli adakah saya juga layak mendapat bahagian faraid dari hasil jual tanah berkenaan.sekian , terimakasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan layak menerima hasil sewaan tanaman tersebut sama seperti adik-beradik tuan yang lain memandangkan tuan juga merupakan salah seorang waris kepada arwah ibu tuan. Sekiranya tuan berhasrat untuk membeli tanah tersebut, maka perlulah dibuat penilaian terlebih dahulu dan nilai tanah tersebut perlulah dibincangkan bersama waris-waris yang lain. Seterusnya, barulah duit tersebut diagihkan kepada waris-waris yang berhak termasuk tuan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 33

message user image