Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Aslmkm Tuan, isteri saya melakukan kerja Amal mengutip derma utk pusat tahfiz sekitar daerah Manjung & ada kalanya org ramai bersedekah seadanya tanpa meminta resit derma, Wang lebihan itu saya kumpul & di sedekahkan kepada pusat2 tahfiz atau mesjid2 dalam pembinaan di seluruh Malaysia, di sedekah kan dgn niat atas nama saya sekeluarga, ibubapa, mertua & seluruh muslimin & muslimat. Ada kah saya di bolehkan berbuat sedemikian atau saya perlu menganti balik duit yg telah di sedekahkan itu & niatkan semula atas nama penderma sahaja. Harap dapat penjelasan lebih detail drp pihak Tuan. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, wang kutipan derma adalah amanah penderma dan mesti disalurkan mengikut tujuan asal. Pahala sedekah itu milik penderma, bukan pengumpul, maka tidak boleh diniatkan untuk keluarga sendiri. Wang kutipan yang diterima hendaklah dimasukkan mengikut niat penderma tersebut dan dikeluarkan resit mengikut jumlah wang yang terkumpul. Sekiranya tabung kutipan itu berbentk umum, maka boleh disedekahkan ke mana-mana pusat tahfiz, tetapi sekiranya tabung kutipan itu berbentuk khusus kepada mana-mana pusat tahfiz atau mana-mana daerah, maka wang derma tersebut hendaklah disedekahkan khusus mengikut tujuan tabung tersebut ditubuhkan. Sekiranya tidak, maka hendaklah digantikan jumlah sumbangan yang terlibat. Mengutip wang derma hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan dijalankan dengan penuh amanah.
Sekian, terima kasih.