BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.. Saya ada 1 kemusykilan dalam agama.. Kisahnya, abg saya hendak berkahwin lagi tetapi tidak mendapat restu dr ibu bapa saya.. Ibu bapa saya telah berjumpa seorang perawat islam yang mendakwa bahawa abg saya memang sudah terkena sihir sedangkan sewaktu berubat tu abg saya tiada di situ.. Saya telah menegur ibu bapa sy mengenai perbuatan itu yang pada saya bertentangan dengan rawatan islam sebenar kerana perawat itu mengetahui sesuatu yg ghaib tanpa kehadiran abg saya.. Disebabkan teguran itu, ibu dan bapa saya telah terguris dgn teguran sy dan mengatakan macam2 pada diri saya dan memulau saya.. Soalan sy adakah perbuatan sy itu salah dan berdosa? Dan kalau sy tidak menegur adakah ianya lebih baik? Dan adakah saya anak derhaka kerana menegur mereka? Dan adakah rawatan islam yang mereka pergi itu sesuatu yang syar'i disisi agama.. Saya betul2 rasa down ustaz..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang diterangkan, terdapat dua isu yang perlu diteliti. Pertama adalah berkenaan rawatan Islam yang syar'i. kedua adalah menegur ibu bapa.

Pertama, setelah merujuk kepada pengamal rawatan Islam yang dipercayai, seseorang perawat boleh mengetahui seseorang pesakit itu terkena sihir walaupun tanpa kehadiran pesakit tersebut berdasarkan penerangan daripada orang yang berdekatan dengan pesakit berkenaan keadaan dan sifat pesakit. Dalam keadaan begini ia masih dianggap syar'i.

Kedua, menegur ibu bapa dengan berhikmah dan berlemah lembut tentang kesalahan yang mereka lakukan adalah dibenarkan dan tidak berdosa. Sekiranya perkara yang mereka lakukan itu termasuk dalam perkara kemungkaran, maka wajib untuk menegur mereka dengan berhemah. Berdoalah kepada Allah SWT agar ibu bapa dan ahli keluarga tuan mendapat bimbingan dan hidayah Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 35

message user image