Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ingin bertanya tentang permainan yg berupa seperti perkahwinan ala Kristian di gereja didalam sebuah app sedangkan yang bermain game itu kebanyakan nya Islam Muslim...jadi apakah salah permainan seperti ini salah dimainkan walaupun sekadar hiburan dan mengcampurkan sedikit unsur Islam kedalamnya...mohon pencerahannya tuan...terima kasih
Jawapan
Berdasarkan situasi yang diterangkan, bermain game yang mempunyai unsur keagamaan agama lain adalah dilarang kerana seolah-olah meredai perbuatan dan kefahaman agama tersebut. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Al-Hasan Bin Ali Bin Abi Thalib RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.
Oleh itu, sebaiknya umat Islam menjauhkan diri daripada bermain game yang mengandungi unsur keagamaan agama lain, kerana ia dikhuatiri membawa kepada perbuatan mempromosikan atau menyokong agama selain Islam, sedangkan hal tersebut jelas dilarang dalam syariat.
Sekian, terima kasih.