BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Apakah hukum guna botol wine kosong untuk buat dinding bilik air . Purpose recycle, jimat dan untuk cahaya masuk. Adakah haram ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Penggunaan botol wine kosong untuk pembinaan dinding bilik air adalah harus, namun ia perlu dipastikan botol tersebut telah bersih (hilang bau, rasa dan warna) daripada sisa-sisa airnya yang jelas adalah najis. Walaupun begitu, sekiranya ada alternatif botol minuman halal adalah lebih baik bagi mengelak terjadinya fitnah masyarakat seolah-olah menyokong minuman keras. 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image