Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz/Ustazah
Isteri saya meninggal dunia tahun lepas.
Arwah meninggalkan harta dan hutang.
Harta tak alih (tanah, rumah) telah dibahagikan kepada waris2 dengan persetujuan pembahagian
Harta alih (tunai) telah digunakan untuk membayar hutang. Walaubagaimanapun duit tunai adalah sedikit berbanding hutang yang ditinggalkan.
Saya telah mengambil alih hutang tersebut dan membayarnya secara ansuran tanpa menggunakan harta pesaka, dan akhirnya saya habis melangsaikan hutang tersebut.
Baru2 ini saya terjumpa seutas rantai emas milik arwah isteri saya.
Apakah status barang emas tersebut, adakah ia dikira pesaka yang perlu faraid atau boleh dikira ditolak dengan hutang2 yang telah saya langsaikan tadi.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada semua waris-waris si mati mengenai status hutang dibayar oleh tuan tanpa menggunakan harta pusaka si mati. Dinasihatkan agar tuan dapat berbincang sesama waris yang lain bagi isu pertemuan emas itu dan hutang tersebut agar dapat persetujuan waris bersama bagi mengelakkan termakan harta yang batil (bukan hak sendiri).
Sekian, terima kasih.