BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum,

Wasiat ibu kami, hartanah di semenyih diberi kpd angah dan alang...hartanah di sg tekali diberi kpd along dan busu...masalahnya nilai hartanah di semenyih dan sg tekali tidak sama...di semenyih pula ada rumah tapi di sg tekali hanyalah semak samun dan belukar.

Bolehkah wasiat ibu kami itu kami ubah selepas ibu kami meninggal dunia?...hartanah di semenyih dikongsi 4 beradik along, angah, alang dan busu manakaka hartanah di sg tekali juga dikongsi 4 beradik along angah alang dan busu.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, asal hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat meninggal dunia. Sebagaimana berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili RA bahawa Rasulullah SAW:

إنَّ اللهَ قد أعطى كلَّ ذي حقٍّ حقَّهُ، فلا وصيَّةَ لوارثٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah memberi setiap orang yang berhak akan haknya, oleh itu tidak harus berwasiat kepada waris.

Oleh yang demikian, pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan keizinan daripada waris yang lainnya. Berdasarkan situasi yang dikemukakan tuan, sekiranya semua waris si mati bersetuju untuk dibahagikan tanah di Semenyih dan Sg. Tekali itu dibahagi secara bersama waris-waris yang lain, adalah tidak mengapa dan dibolehkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 27

message user image