Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Benarkah orang islam boleh makan daging dan telur penyu.dan sekiranya benar minta tolong jelaskan kenapa daging dan telur penyu halal dimakan oleh orang islam.
Jawapan
Menurut mazhab al-Syafi'i, antara makanan berasaskan binatang yang haram dimakan adalah binatang yang hidup dua alam. Penyu adalah termasuk binatang dua alam. Oleh itu, diharamkan untuk memakan daging penyu. Akan tetapi berbeza pula hukum memakan telur penyu. Mengikut pandangan yang terpilih dalam mazhab al-Syafi'i, hukum makan telur penyu adalah diharuskan sekalipun dagingnya haram dimakan.
Sekian, terima kasih.