BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

 

Subject: Islamic Ruling on Paying Parking Fines

Question:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

I would like to seek clarification regarding the Islamic perspective on paying parking fines. In Malaysia, local authorities issue fines for parking violations such as parking in restricted areas or exceeding the time limit. These fines are part of civil law and are meant to maintain public order.

From an Islamic standpoint:

Is it wajib (obligatory) to pay these fines if one has violated the parking rules?

Does the intention behind the violation (e.g., emergency, unintentional mistake) affect the ruling?

Is avoiding payment of such fines considered sinful or dishonest?

I appreciate your guidance on this matter to ensure my actions align with Islamic teachings.

Jazakumullahu khairan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, 

1) Hukum membayar saman parking kereta adalah wajib. Saman letak kereta adalah peraturan yang ditetapkan pemerintah (pihak berkuasa tempatan) demi menjaga maslahah umum (kepentingan masyarakat). Dalam Islam, mentaati peraturan pemerintah yang tidak bercanggah dengan syarak adalah wajib. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 59: 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul, dan ulil amri (pemimpin) dalam kalangan kamu.

Berdasarkan kepada kaedah Fiqh: 

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

Bermaksud: Tindakan pemerintah terhadap rakyat adalah berdasarkan maslahah (kepentingan umum).

Justeru, membayar saman adalah tanggungjawab kerana ia termasuk dalam ketaatan kepada pemerintah yang sah.

2) Sesuatu hukum itu berbeza keadaan mengikut niat seseorang:

Kaedah fekah menyatakan: 

الأمور بمقاصدها

Maksudnya: Setiap perkara dan perbuatan itu dinilai berdasarkan niat.

  • Jika sengaja melanggar peraturan: wajib bayar saman, berdosa kerana menyalahi undang-undang.

  • Jika tidak sengaja / kecemasan: dari sudut syarak, tiada dosa kerana الخطأ والنسيان مرفوعان (kesilapan dan lupa dimaafkan). Namun, dari segi undang-undang negara, saman tetap perlu dibayar kerana ia adalah tanggungjawab duniawi.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

 إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استُكرهوا عليه 

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mengangkat (menghapuskan) daripada umatku dosa kerana kesalahan tersilap, terlupa dan apa yang dipaksa ke atas mereka. (Riwayat Ibn Majah)

Jadi, niat memberi kesan pada dosa atau tidak, tetapi tidak menggugurkan tanggungjawab membayar saman di sisi undang-undang.

3) Mengelak membayar saman dianggap berdosa kerana ia lari daripada tanggungjawab dan amanah. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 27: 

وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: (juga) janganlah kalian mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kalian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 57

message user image