BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya nak bertanya berkenaan 4 soalan 

soalan pertama

Apakah hukum bagi seorang isteri mesej dengan kawan lelaki dia tanpa izin suami walaupun isi kandungan mesej tersebut hanya bercerita tentang khabar dan kenangan semasa zaman belajar dan juga tentang keluarga masing2

soalan kedua

Apakah hukum bagi seorang suami mesej dengan kawan perempuan dia dan isi kandungan mesej tersebut boleh menjurus kepada perasaan cinta sebagai contoh seperti mengungkapkan perkataan rindu kepada perempuan tersebut atau sebagainya

soalan ketiga

Apakah sah solat fardhu/sunat jika terlupa mandi wajib dan adakah solat itu perlu diqada kerana sebab terlupa Mandi wajib 

Soalan keempat

Apakah hukum bagi seorang isteri menolak ajakan suami yang ingin berhubungan intim dan suami tersebut kecewa disebabkan permintaannya ditolak dan apabila ditolak keinginannya itu suami tersebut telah mendapatkan khidmat urut batin dari pusat2 urut diluar

sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, pihak tuan boleh rujuk sebagaimana jawapan berikut:

Soalan 1: Hukum bagi seseorang isteri mesej dengan kawan lelakinya tanpa izin suami walaupun sekadar bertanya khabar, mengimbau kenangan semasa zaman belajar dan juga bertanya tentang keluarga masing-masing adalah haram sekiranya perkara itu dilarang atau tidak disukai oleh suami. 

Soalan 2: Hukum bagi seseorang suami mesej dengan kawan perempuannya dengan mengungkapkan perkataan rindu kepada perempuan tersebut adalah haram dan berdosa.

Soalan 3: Solat fardu atau solat sunat yang didirikan dalam keadaan terlupa mandi wajib adalah tidak sah kerana satu daripada syarat-syarat sah solat perlulah suci daripada hadas besar. Wajib ke atas seseorang itu menyegerakan qada atau menggantikan solat fardu yang telah dilakukan ketika terlupa mandi wajib itu tadi. 

Soalan 4: Hukum bagi seseorang isteri itu menolak ajakan suaminya yang ingin berhubungan intim bersamanya adalah berdosa kerana nusyuz kecuali sekiranya isterinya berada dalam keuzuran seperti kedatangan haid, nifas atau tiada keupayaan kerana sakit dan sebagainya. Hukum sekiranya suami tersebut mendapatkan khidmat urut batin dari pusat-pusat urutan di luar atas asbab kekecewaan isteri tidak memenuhi kehendak suaminya itu tadi adalah haram dan berdosa.

Suami hendaklah bijak memujuk, melayan dan berbincang secara baik bersama isteri akan tanggungjawab masing-masing.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 37

message user image