BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Dato' Mufti 

 

saya ada persoalan jika mati seseorang itu, perlukah semua harta dicairkan dan difaraid kan?

contoh simati ada barangan rumah, pakaian kerusi meja dll bukan asset mahal seperti rumah atau kereta mahupun emas..pada pandangan umum harta itu tidak bernilai tp boleh digunakan cumanya boleh ke kami ambil dan agihkan ikut suka sama suka dan simpan utk kenangan? atau wajib faraid kan juga dan perlu dijual hasilnya baru diagihkan..?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan serta fakta kes yang dikemukakan, tidak semua harta perlu dicairkan termasuklah barangan rumah seperti perabot, perkakas dapur, pakaian dan lain-lain perkakas milik si mati yang merupakan harta pusaka yang perlu dibahagi secara faraid kepada waris-waris yang berhak. Sebagai contoh, ianya mustahil sekiranya ingin membahagikan 1 meja makan kepada beberapa waris yang ada jikalau waris yang ditinggalkan itu ramai. Dalam situasi ini, kaedah permuafakatan atau perbincangan sebulat suara mencapai kata sepakat sesama waris perlu dititikberatkan dalam pembahagian harta pusaka yang berbentuk sedemikian dalam erti kata lain menggunakan kaedah takharuj iaitu melepaskan hak-hak waris secara sukarela ke atas harta pusaka tersebut sama ada dengan nilaian tebusan wang atau kasih sayang. Sekiranya barangan tersebut hendak dijual, maka hasil jualan tersebut perlulah diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut pembahagian secara faraid.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image