Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM
nama saya syamimi, saya nak bertanya mengenai status harta
kisahnya macamni, dulu mak saya dan arwah ayah tiri saya pernah share duit sama sama untuk membuka restoran (di mana mana sorang beri rm 50000)
jadi skrg ni restoran ttu dah tutup, dan arwah ayah tiri saya dan mak saya dah bercerai dah sebelum restoran ditutup , jadi sekarang ni kat rumah mak ada banyak brg brg restoran lama lama, macam kerusi, pinggan mangkuk., barang branag yang restoran selalu guna.
jadi skrg ni saya niat nak bagi barang barang restoran lama tu kat masjid atau pun mana mana restoran lain yang nak tetapiii saya terus ingat yang barang barang tu juga adalah pembelian hasil dari duit arwah ayah tiri saya jadi saya nak bertanya kepada pihak pejabat mufti selangor ,
adakah anak anak arwah ayah tiri saya (akak dan abang tiri saya) ada hak ke atas barang branag lama restoran mak dan ayan tiri saya sebab saya memang taknak jual brg brg tu, saya ingat nak sedekah kat masjid tapi pada masa yang sama saya taknak termakan harta anak yatim kalau saya beri sahaja barang barang tu iaitu harta abang dan akak tiri saya. jadi apakah yang saya harus lakukan , adakah saya kena
1) minta kebenaran abang dan akak akak tiri saya untuk saya sedekah barang barang tu atau
2) saya boleh sedekahkan je barang barang tu kat masjid atau mana mana tempat yang memerlukan tanpa persetujuan mereka
saya harap sangat pihak jabatan mufti selangor dapat tolong menyelesaikan masalah ni sebab saya nak pindah rumah jadi barang barang restoran lama mak dan arwah ayah tiri saya memang saya nak lepaskan dan sekarang ni saya tak tahu macam mana nak contact abang abang dan akak akak tiri saya sebab mereka terus putus contact dengan saya dan mak.
ini sahaja pertanyaan dari saya. terima kasih kerana sudi membaca soalan dari hamba ALLAH SWT yang lemah ini
ASSALAMUALAIKUM
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, anak-anak daripada ayah tiri puan mempunyai hak untuk mendapat harta pusaka yang ditinggalkan oleh ayah tiri puan. Hal ini kerana barang-barang restoran merupakan hasil perkongsian duit antara ibu dan ayah tiri.
Menurut jumhur Ulama, harta pusaka ialah segala sesuatu yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah seseorang itu mati. Oleh itu,
Puan hendaklah meminta kebenaran abang dan kakak tiri puan sebelum barang-barang tersebut disedekahkan kepada masjid atau restoran lain.
Hendaklah berusaha sedaya mungkin untuk menghubungi abang dan kakak tiri puan bagi mendapat keizinan tersebut. Tidak dapat dihubungi tidak boleh menjadi asas persetujuan ahli waris yang lain, dibimbangi waris lain akan menuntut hak mereka.
Puan disarankan merujuk perkara ini kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri, selaku agensi yang bertanggungjawab mengurus harta orang Islam, bagi mendapatkan pandangan dan nasihat lanjut.
Sekian. Terima kasih.