Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Saya sedang meninjau platform LMCTV syarikat LUMENOCITY LTD Yang membayar pengguna untuk tugas seperti menonton trailer movie selama 15 saat. Namun terdapat caj 12% untuk pengeluaran wang
Mohon pencerahan:
1. Adakah caj ini berpandukan undang-undang cukai Malaysia dan patuh syariah?
2. Bolehkah platform jenis ini dianggap halal dari sudut syariah Muamalat?
Terima kasih atas penjelasan
Saya sudah Cuba bertanya Dan ini jawapan mereka
"Dear LMCTV members, according to the regulations of the Malaysian National Tax Bureau, the withdrawal fee will be adjusted to 12% starting from march 21 Because this is stipulated by the General Administration of Taxation, not LMCTV. In order to reduce your tax burden, our company pays more taxes for you personally than you do. Taxation is the legal obligation of every citizen and enterprise."
Saya kurang mengerti maksud TAX Yang dikatakan
Jadi Mohon pencerahan sekali lagi Dari sudut agama
Jazakallah khairan
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Secara umumnya, caj 12% yang dikenakan oleh platform LMCTV bukanlah satu bentuk cukai yang dikenakan secara rasmi oleh kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dari sudut hukum syariah, platform seperti LMCTV tidak dapat dikategorikan sebagai patuh syariah secara jelas. Ini disebabkan wujudnya beberapa elemen yang perlu mendapat penjelasan daripada pihak berkaitan berkaitan beberapa perkara antaranya:
Akad atau kontrak yang digunakan antara pengguna dan penyedia platform.
Struktur pendapatan dan sumber bayaran.
Oleh itu, adalah lebih wajar untuk menjauhi platform seperti ini demi menjaga kejelasan pendapatan dan mengelakkan unsur syubhah, gharar (ketidak pastian) dan potensi unsur penipuan. Individu Islam dinasihatkan agar berurusan hanya dengan platform yang jelas kontraknya, diketahui sumber bayarannya, dan tidak mengenakan potongan yang mencurigakan.
Sekian, terima kasih.