Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt,
Adakah pendapatan seorang driver seperti hitcher haram kerana melanggar peraturan dari kerajaan (tiada permit, lesen, kebenaran membawa penumpang, etc) seperti membawa penumpang dan mendapatkan bayaran?
Jawapan
Kami mulakan dengan memetik sebuah hadis daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, (Riwayat al-Bukhari)
Pekerjaan yang dilakukan oleh tuan secara hakikinya tidaklah tergolong dalam kategori haram sehingga menjejaskan pendapatan, namun perbuatan tidak mentaati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah adalah berdosa sama sekali. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 59:
Maksudnya : Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para pemimpin) dari kalangan kamu.
Diperkuatkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a, Rasulullah S.A.W bersabda :
Maksudnya : Dengar dan taat (kepada pemerintah) itu merupakan suatu perkara yang hak (kemestian), selama mana mereka tidak memerintahkan kepada maksiat. Apabila mereka (pemerintah) mengarahkan kepada maksiat maka tidak wajib dengar dan taat (pada arahan tersebut). (Riwayat Al-Bukhari)
Setiap peraturan yang ditetapkan mempunyai tujuannya tersendiri seperti keselematan penumpang dan pemandu yang perlu dijaga. Dengan perbuatan tuan ini pastinya memudaratkan semua pihak sekiranya berlaku kemalangan atau sebagainya.
Sekian, terima kasih