BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Wbt,

Baru-baru ini saya pergi mendapatkan rawatan untuk gangguan mistik. Perawat mengaku tidak berkemampuan merawat saya dan memberikan sebuah buku Amalan Bathamim 114 (Asas) untuk saya beramal sendiri mengatasi gangguan yang saya hadapi selama 65 hari. Kandungan didalam buku amalan pendiding yang dibekalkan adalah semuanya daripada ayat Quran berserta makna. Selepas mengamalkan beberapa hari saya dapati gangguan di hadapi hilang sedikit demi sedikit.Perawat yang saya jumpa hanya menyatakan sekiranya setelah 65 hari telah diamalkan, mohon maklumkan sekiranya gangguan telah berkurang dan rawatan pendiding ayat Quran yang diberikan berkesan. Beliau tidak memujuk untuk memasuki mana mana kumpulan dan menasihatkan saya untuk sentiasa amal zikir sebagai pendiding diri.   Saya baru berkesempatan menelaah Amalan Bathamim itu apa sebenarnya.Saya dapati ada bacaan di dalam internet bahawa Bathamim 114 merujuk kepada satu kumpulan yang mengajarkan perawatan islam dan kebatinan. Kumpulan ini difatwakan sesat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan pada 2015. Adakah saya boleh beramal ayat-ayat quran yang diberikan atau meninggalkannya.? mohon penjelasan lanjut Jabatan Mufti Negeri Selangor.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Walaupun buku Amalan Bathamim 114 mempunyai ayat al-Quran, itu tidak bermakna buku itu adalah benar. Boleh jadi unsur-unsur pengamalan terhadap ayat al-Quran itu salah. Tambahan pula buku ini dikaitkan dengan ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2015. Sehubungan itu, adalah lebih baik untuk tidak mengamalkan isi buku ini sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau di Selangor, Untuk mengesahkan buku ini boleh dipakai atau tidak, sila rujuk kepada pihak Unit Akidah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 54

message user image