Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum , Setelah selesai mandi wajib saya mengambil gambar bahu kiri dan kanan Saya dan terlihat ada bulu pendek dan nipis..Ketika mandi wajib saya hanya mengenakan air dengan gayung pada bahu kiri dan kanan saya..Adakah saya perlu ulang semula mandi wajib dan menggosok bulu pendek dan nipis itu?
Jawapan
Rukun atau fardu mandi junub ada tiga iaitu:-
1) Niat mengangkat hadas besar atau mengangkat janabah.
2) Membersihkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.
3) Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan.
Merujuk persoalan yang diajukan, tidak perlu mengulang semula mandi wajib kerana air yang dilalukan dengan gayung tersebut telah memadai apabila disiram pada bahu kanan dan kiri , maka air tersebut akan sampai pada bulu pendek dibawah bahu tersebut (ketiak). Oleh yang demikian, sah hukum mandi wajibnya.
Sekian, terima kasih.