Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya kerja sebagai pemandu peribadi. Terkadang ada 1 hari dalam sebulan majikan minta saya bawa mereka ke club untuk meraikan kawan2 kerjanya. Apakah status hasil gaji saya? Apakah yang saya perlu lakukan untuk memastikan gaji saya bersih dan tiada unsur yang meragukan. Adakah memadai dengan cara saya menolak hasil gaji untuk hari tersebut ke tabung masjid/kebajikan?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
Tugas sebagai pemandu peribadi adalah pekerjaan yang mulia dan diharuskan oleh syarak kerana melibatkan khidmat membawa orang ke destinasi tertentu yang bukan pekerjaan melibatkan maksiat pada asasnya. Jika majikan mengarahkan untuk menghantarnya ke kelab, maka itulah tugasan yang perlu dilakukan. Adapun apa yang dilakukan oleh majikan di kelab itu tidak semestinya melakukan perbuatan maksiat. Oleh itu, ia tidak menjejaskan gaji yang diperolehi.
Sekian, terima kasih.