BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya telah menopause. Saya ada masalah kedudukan rahim yang selalu terkeluar dari tempatnya. Doctor memberi pendapat untuk membuang rahim. Apakah hukum dalam Islam? Berdosakah saya membuang rahim itu? 
jika saya bersetuju untuk membuang rahim saya, perlukah saya menanamnya atau tidak? Atau serahkan kepada pihak hospital sahaja? 


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pembuangan rahim boleh dilakukan sekiranya ia boleh membawa kemudaratan dengan syarat telah mendapat nasihat daripada doktor pakar. 

Bagi tujuan pengurusan rahim yang telah dikeluarkan itu, terdapat pandangan daripada para fuqaha yang boleh diqiyaskan dengan situasi ini iaitu anggota dan tisu badan yang telah dikeluarkan daripada manusia yang masih hidup hendaklah dilupuskan dengan cara menanamnya tanpa perlu dibasuh dan disembahyangkan. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-110 yang bersidang pada 27 hingga 28 Mac 2017 telah membincangkan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan antaranya:-

"Anggota dan tisu daripada orang Islam yang masih hidup hendaklah dilupuskan dengan cara menanamnya tanpa perlu dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan".

Ini bertujuan bagi memuliakan ciptaan Allah SWT.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 35

message user image