BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada beli minyak biji labu dalam kapsul softgel. Softgel tu mengandungi gelatin. Saya semak alamat, produk ni diperbuat dari Amerika. Jadi saya nak tanya, halalkah untuk saya minum minyak tu jika saya asingkan minyak daripada softgel tu?  Saya rasa membazir nak buang. Tapi kalau dah Haram saya akan buang. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Bagi sebarang produk yang mengandungi gelatin, hendaklah dipastikan terlebih dahulu sumber penghasilannya sama ada daripada bahan yang halal atau haram, seperti gelatin yang diperoleh daripada babi atau lembu yang tidak disembelih mengikut syarak. Kepastian mengenai status halal produk tersebut boleh diperoleh melalui pihak berautoriti seperti JAKIM atau badan pensijilan halal antarabangsa yang diiktiraf.

Jika sudah diyakini bahawa gelatin tersebut terhasil daripada sesuatu yang haram, maka tidak boleh mengambilnya, seperti softgel yang mengandungi gelatin tersebut, begitu juga keadaannya walaupun selepas diasingkan minyak daripada softgel tersebut kerana ia sudah menyentuh dengan sesuatu yang haram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 43

message user image