BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Sesetengah jawatan di beberapa sektor pekerjaan lebih mengutamakan calon lulusan SPM dan kurang menerima calon yang mempunyai kelayakan pendidikan lebih tinggi. Apakah hukum sekiranya calon lulusan setaraf diploma dan ke atas mengakui bahawa tahap pendidikan tertingginya ialah SPM sahaja semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan tersebut?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan soalan yang diajukan, isu ini perlu dilihat pada dua aspek terutamanya apabila melibatkan permohonan kerja di jabatan-jabatan kerajaan. Pertama pada aspek sistem. Kedua pada aspek temuduga.

Pada aspek sistem, setakat yang difahami, walaupun seseorang itu mempunyai ijazah atau diploma, pemohon masih dibenarkan untuk memohon jawatan yang setaraf dengan kelulusan SPM. Ini kerana difahamkan sistem permohonan dalam perkhidmatan awam bersifat agak terbuka, dan belum ada had yang jelas melarang pemohon berkelulusan tinggi daripada memohon jawatan di bawah tahap kelulusan tersebut.

Manakala apabila ditanya tentang tahap pembelajaran, maka hendaklah jujur dan tidak berbohong.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 35

message user image