Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum...sy hafiz, dan sy ingin bertanya soalan tentang kemusykilan yg bermain difikiran sy:-
Semoga pihak Tuan/Puan dapat menjawab soalan saya. Sekian terima kasih.
Jawapan
1. Pertolongan yang baik bagi calon yang mempunyai kelayakan sama atau melebihi calon yang lain serta memiliki kompetensi dalam bidang pekerjaan tersebut adalah diharuskan. Adapun jika menggunakan cara yang salah seperti sogokan atau rasuah, maka ia adalah perbuatan yang diharamkan. Syeikh Dr. Wahbah Zuhaili mengatakan,
Maksudnya: Syafaat (perantaraan) itu ada dua jenis: baik dan buruk. Syafaat yang baik ialah syafaat yang dengannya terpelihara hak seorang Muslim, atau dengannya ditolak suatu keburukan daripadanya, atau dibawa kebaikan kepadanya; ia dilakukan dengan tujuan mencari keredhaan Allah; tidak diambil apa-apa rasuah daripadanya; dan berlaku dalam perkara yang harus, bukan dalam hukuman hudud Allah, dan bukan juga dalam hak-hak manusia yang lain. Adapun syafaat yang buruk ialah apa yang berlaku sebaliknya. Dan yang tersebar pada masa kini ialah bentuk-bentuk perantaraan dan syafaat yang buruk yang disertai dengan pemberian material dan rasuah, yang menyebabkan hak-hak (orang lain) hilang dan merampas harta orang lain.
Pertikaian dalam sesuatu perkara adalah hasil daripada penilaian terhadap keadaan. Namun, ia tidaklah menafikan kepada konsep rezeki Allah selagi mana seseorang itu meyakini bahawa setiap yang berlaku adalah dengan izin dan ketetapan-Nya.
2. Sekiranya calon mempunyai kelayakan yang sama atau melebihi calon yang lain serta memiliki kompetensi dalam bidang pekerjaan tersebut, maka hasil pekerjaan itu adalah halal.
3. Hukum asal bagi bermain atau membuat content video game adalah harus. Walaupun begitu, bagi permainan yang mempunyai unsur syirik dan haram adalah dilarang. Hal ini bertepatan dengan kaedah "sesuatu yang boleh membawa kepada haram maka ia adalah haram". Berikut merupakan garis panduan penentuan hukum sesuatu hiburan sebagaimana yang digariskan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji:
Jauhilah content yang membawa unsur yang haram walaupun ianya telah dikaburkan, agar tidak memudaratkan dan memberi pengaruh buruk kepada penonton.
Sekian, terima kasih.