BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/ Ustazah, 

saya ada 2 persoalan tentang hutang dan faraid:

Ayah dan ibu saya telah meninggal dunia. Saya hanya 2 beradik. Meninggalkan saya dan adik lelaki saya. Dan baru-baru ini adik lelaki saya meninggal dunia. Dia meninggalkan isteri dan mereka tiada anak. 

1. Saya ada berhutang Arwah adik kandung saya. Hutamg ini adalah sebelum beliau meninggal dunia. Bagaimana cara pembayaran hutang ini sekarang?. 
 

2. Bagaimana pula dgn hutang oleh pihak lain kepada arwah adik saya? Bagaimana cara pembayaran?

3. Faraid: Bagaimanakan perkiraan faraid? Arwah hanya meninggalkan isteri dan tiada zuriat? Saya ada lah abg kandung. Dan saya ada isteri, 2 org anak perempuan dan 1 org anak lelaki. Adakah sepupu arwah (anak lelaki adik beradik arwah emak kami juga mendapat bahagian)

 

sekian sahaja pertanyan saya. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Hukum melunaskan hutang adalah wajib walaupun orang tersebut telah meninggal dunia. Merujuk kepada situasi yang dikemukakan, pihak tuan perlulah melunaskan hutang tersebut kepada waris arwah adik tuan sebelum diagihkan secara faraid kepada waris-waris yang lain. Begitu juga sekiranya ada pihak lain yang berhutang dengan arwah adik tuan, maka wajib ke atas mereka untuk membayar hutang tersebut kepada warisnya. 

Berdasarkan fakta waris yang dikemukan oleh pihak tuan, waris arwah adik tuan adalah isteri sebanyak 1/4 bahagian manakala tuan merupakan Asobah Bi Nafsi yang menghabisi baki bahagian faraid iaitu sebanyak 3/4 bahagian. Manakala, sepupu lelaki arwah adik tuan tidak mewarisi harta pusaka arwah adik tuan kerana bukan dalam kategori waris si mati yang berhak. 

Sebaiknya perkara ini dirujuk ke Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri bagi mendapatkan nasihat dan pencerahan sebelum pembahagian harta dilakukan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image