BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..suami meninggal meninggalkan sejumlah harta..soalan saya..ayah nya masih hidup dan pernah menggunakan nama arwah untuk pembelian kereta bekas isteri kedua ayahnya..lebih 10tahun.dah mempunyai tunggakan sekitar 37k..dan ayah nya masih hidup dan tidak berkerja tetap sekarang..soalan saya,patot ke saya sebagai waris dan isteri membayar hutang bukan kepunyaan arwah tapi hanya menggunakan nama sahaja.arwah tidak pernah guna kereta tersebut.jika di faraid sejumlah harta arwah dan di ambil bahagian ayahnya,masih belum mencukupi untuk menjelas kan jumlah hutang itu..tolong bantu saya..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, menurut undang-undang pembelian kereta, pihak yang berakad secara asasnya yang bertanggungjawab untuk bayaran pembelian kereta. Namun begitu, bagi situasi puan, ayah mertua hanya menggunakan nama suami puan untuk pembelian kereta, manfaat penggunaan kereta tersebut sepenuhnya digunakan oleh ayah mertua dan merupakan individu yang bertanggungjawab membayar duit kereta secara bulanan. Jadi, hutang tunggakan tersebut merupakan tanggungjawab ayah mertua dan puan tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang tersebut. 

Walau bagaimanapun, atas dokumen pihak penama adalah orang yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan semua hutang terhadap kereta tersebut. Perkara ini hendaklah diselesaikan dengan baik melalui perbincangan puan dan ayah mertua serta merujuk perkara ini kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di bawah peruntukan Akta Harta Pusaka Kecil 1955 atau Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor menyelesaikan secara sah di sisi undang-undang bagi mendapatkan penyelesaian tentang hutang tunggakan kereta tersebut supaya lebih jelas. 

. والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image