BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamuaikum ustaz,

saya ada satu pertanyaan, sekarang ni terdapat apps baru yang bernama Mova. apps tu memberi cashback kepada pembeli. semua affiliate dekat tiktok dan shopee macam marah kerana komisen mereka tak dapat kerana cashback yang dapat balik pada pembeli?

apa hukumnya kalau pembeli pakai Mova untuk beli product di tiktok dan shopee?. para affiliate mengatakan hukumnya gharar.. 

 

mohon penjelasan dari ustaz

 

Terima Kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umunya cashback adalah pulangan tunai atau rebat yang diberikan oleh syarikat kepada pembeli sebagai strategi pemasaran. Ia adalah harus selagi mana sumbernya halal, tidak melibatkan unsur riba, penipuan, atau kezaliman. Dalam konteks ini, pembeli hanya memilih saluran pembelian yang memberi manfaat kepadanya, tanpa melanggar akad pembelian dengan penjual.

Adapun dakwaan bahawa perkara ini mengandungi unsur gharar adalah tidak tepat. Ini kerana akad jual beli adalah jelas dari sudut harga, barang dan syarat. Kehilangan komisen affiliate adalah isu perniagaan dan persaingan pasaran. Ia ada dimensi syarak, namun tidak terkait secara langsung dengan keabsahan akad jual beli yang dibuat oleh pembeli.

Penggunaan aplikasi Mova untuk mendapat cashback dalam pembelian di platform e-dagang seperti TikTok dan Shopee adalah harus, dengan syarat wang yang diperoleh adalah halal serta transaksi dijalankan secara telus dan mematuhi hukum syarak. Namun begitu, setiap Muslim hendaklah berhati-hati dengan sebarang transaksi yang mencurigakan, serta segera mendapatkan penjelasan daripada pihak berautoriti bagi memastikan rezeki yang diperoleh benar-benar halal.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.     


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image