Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum sy ingin bertanya mengenai langgar sumpah.sy sekrg berusia 37 tahun dan sudah berkahwin pada 2022.pada usia remaja sy pernah bersumpah demi allah atas sesuatu perkara dan menyatakan jika sy melanggar sumpah maka saya keluar islam selama2nya.suatu hari saya melanggar sumpah.sy menyesal melanggar sumpah dan terus mengucap syahadah.waktu itu sy tidak tahu perlu membayar kifarah sumpah.Kemudian selepas berkahwin dan beranak sy baru teringat untuk membayar kifarah sumpah.sy telah membayar kifarah tersebut.pertanyaan sy adakah islam sy sah sebelum membayar kifarah dan bagaimana pula dgn perkahwinan sy?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, menurut Mazhab Syafi'i, sumpah dengan lafaz keluar Islam tidak menyebabkan murtad selagi tidak diniatkan kufur kerana keluar Islam itu hanya sebagai penguat kepada sumpah. Namun kafarah sumpah wajib dibayar. Dalam Mughni al-Muhtāj (3/201), disebut:
Maksudnya: Jika seseorang bersumpah untuk meninggalkan sesuatu, lalu dia menjadikan atas dirinya bahawa jika dia melakukannya maka dia kafir, atau dia berkata: 'Aku jadi Yahudi atau Nasrani jika aku melakukannya', kemudian dia melakukannya, dia tidak menjadi kafir, tetapi dia wajib kaffārah sumpah, kerana dia tidak berniat kafir, hanya bermaksud memperkuatkan sumpahnya.
Status keislaman dan perkahwinan masih kekal.
Sekian, terima kasih.