BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Ustaz, apa hukumnya bila saya kadang-kadang berada berdua/bertiga dengan kakitangan lelaki berbangsa cina kerana staff lain keluar atas urusan kerja. Tetapi keadaan ini berlaku bukan setiap hari dan setiap masa. Kami duduk berasingan dan jauh walaupun dia berdepan dengan saya  Kami tidak berbual mesra dan hanya membuat kerja masing-masing 

Biasanya staff2 lain akan masuk semula pada waktu tengah hari. 

Kebiasaannya saya akan seorang diri di 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Daripada Abdullah Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ

Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.  (Riwayat Muslim)

Namun begitu, larangan ini berlaku bila hanya berdua - duaan di tempat yang tertutup atau tiada orang lain yang boleh masuk atau lihat. Merujuk kepada situasi yang puan nyatakan, ianya termasuk dalam darurat kerja atau keperluan yang dibenarkan syarak.  Oleh yang demikian, di dalam keadaan terdesak atau tidak dapat dielakkan, maka ia dibolehkan dengan mengambil langkah-langkah yang sangat ketat, antaranya:

  1. Tidak berbual mesra antara lelaki dan perempuan (bercakap yang perlu sahaja).
  2. Tempat duduk tidak bersebelahan lelaki (tempat duduk penumpang).
  3. Mengambil langkah yang perlu yang boleh menimbulkan fitnah.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image