BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ada kemusykilan mengenai status kesucian locker kasut.

Di tempat kerja saya, pada mulanya locker tersebut digunakan untuk menyimpan kasut. Kemudian setelah tidak digunakan, pihak surau telah mencuci locker tersebut dengan sebaiknya dan diguna kembali sebagai tempat meletakkan telekung di surau. Ini untuk menjimatkan kos dari perlu membeli locker baru.

Setelah diyakini bersih, adakah locker tersebut suci dan boleh digunakan untuk meletakkan telekung/sejadah yang digunakan untuk solat?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, locker tersebut adalah suci dan boleh digunakan untuk meletakkan telekung atau sejadah sekiranya telah dicuci dan diyakini bersih daripada najis. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 50

message user image