BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya ada sedikit pertanyaan berkenaan pembahagian harta pusaka.harta pusaka atas nama ayah saya. Ayah saya meninggal dahulu sebelum bapa dan ibunya.  Beliau meninggalkan seorang isteri dan 5 anak perempuan. Adik lelaki arwah telah dilantik sebagai pemegang amanah sehingga anak arwah mencapai umur 18 tahun..sekarang anak2 arwah semua  sudah genap 18 tahun.selepas arwah meninggal, bapa arwah pula meninggal.selepas itu ibu arwah pula meninggal. waris yang masih hidup adalah isteri, 5 anak perempuan arwah, 2 saudara lelaki sebelah ayah dan 4 saudara perempuan sebelah ayah. soalan saya, siapakah waris yang akan menerima dan berapa kah nisbahnya.

 

terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, ketika ayah puan meninggal (si mati) masih mempunyai waris yang layak untuk menerima harta pusaka. Antara waris yang layak menerima harta pusaka adalah isterinya (ibu puan), bapa dan ibunya (datuk dan nenek puan) sebelum mereka meninggal dunia, saudara lelaki seibu dan sebapanya (bapa saudara puan), saudara perempuan seibu dan sebapanya (ibu saudara puan) dan anak perempuannya (adik beradik perempuan puan).

Pembahagian ini dibuat setelah hak si mati dilunaskan seperti pengurusan jenazah dan hutang-hutang beliau yang perlu ditunaikan semasa beliau masih hidup. Mengenai nilai nisbah yang akan diterima oleh mereka yang layak menerima harta pusaka, puan boleh merujuk ke Mahkamah Syariah dan  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bahagian harta pusaka untuk mendapatkan nisbah pembahagian yang sebenarnya. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image