BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Yang bertanya anak saudara:

Ada rumah di sg petani dgn 4 nama:

1) Bapa ( dah meninggal)

2) Emak ( dah meninggal)

3) Abang ( dah meninggal)- tapi ada anak lelaki

4) Anak perempuan-(anak saudara)- masih hidup- umur 50an.

macamana harta pesaka rumah itu utk di faraid kan?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, harta tak alih berupa sebuah rumah perlu diuruskan bagi penama yang telah meninggal dunia iaitu arwah bapa, arwah emak dan arwah abang bagi menentukan waris yang berhak ke atas pusaka masing-masing. Untuk mengetahui pembahagian faraid perlulah melalui proses siasatan waris bagi mengetahui maklumat yang tepat. Antara maklumatnya adalah status ibu bapa si mati, tarikh kematian setiap kematian, perkahwinan bagi setiap kematian dan waris-waris yang masih hidup bagi setiap kematian.

Dinasihatkan agar pihak tuan membuat prosedur pembahagian harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil di daerah harta pusaka berada atau pihak tuan bolehlah menghubungi Bahagian Baitulmal MAIS di talian 03-5514 3773 bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan urus pusaka secara atas talian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image