Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Saya nak tanya Ustaz/ustazah mengenai harta pusaka arwah ayah kami,kami baru tahu yg abg sulung kami anak tak saf taraf dan bukan dari ayah yg sama,mcmana kami nak uruskan harta pusaka arwah ayah..tetapi abg sulung kami berbinkan arwah ayah...bolehkah difaraidkan juga,terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada situasi yang dikemukakan, abang sulung puan tidak layak mewarisi harta pusaka ayah puan walaupun namanya berbinkan arwah ayah kerana tiada hubungan nasab (keturunan sah). Abang sulung puan hanya berhak mewarisi harta daripada ibunya dan keluarga sebelah ibunya sahaja.
Oleh yang demikian, bagi penentuan waris yang berhak ke atas kematian arwah ayah puan, dinasihatkan agar pihak puan membuat permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah bagi mengelakkan sebarang kecelaruan berlaku sesama waris. Disarankan agar pihak puan mengemukakan fakta-fakta yang sebenar ketika perbicaraan penentuan waris di hadapan Hakim Mahkamah Syariah bagi mengelakkan ada pihak mendapat bahagian daripada harta peninggalan secara batil.
Sekian, terima kasih.