Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya ada soalan Selepas saya amik wuduk saya dah basuh kesemua bahagian dan selesai habis solat saya baru dapat tahu yang ada tanah/pasir yang halus di kuku saya dan saya was was sama ada pasir tu sebelum atau selepas berwuduk adakah wuduk saya sah?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, tanah atau pasir halus tidak bersifat menghalang air daripada sampai ke kulit. Wuduk tuan adalah sah.
Sekian, terima kasih.